21 July, 2010

Childsplay - permainan kanak-kanak tadika


Infoperisian.blogspot.com kali ini membawa anda ke alam permainan kanak-kanak.

Anda mempunyai anak-anak kecil di rumah yang suka bermain komputer. Cuba permainan childsplay ini mungkin ia dapat membantu perkembangan minda anak-anak anda sebab adanya unsur-unsur positif dalam permainan ini. Permainan ini hanya sesuai untuk kanak-kanak 5 - 9 tahun sahaja.

Perisian percuma ini mempunyai pelbagai jenis permainan mudah antaranya adalah jenis mengingati, mengenal huruf, mengingati bunyi, dan juga teka silangkata mudah.

Perisian ini juga mempunyai plug-in yang membolehkan anda memasang permainan tambahan selain dari yang dibekalkan dengan fail asal. Perisian ini boleh dimainkan dengan menggunakan Windows (98/ME/2K/XP) , Linux dan juga Mac Os X.

Untuk download perisian ini, anda boleh dapatkannya disini.

Download childsplay

infoperisian komputer


No comments:

Post a Comment